Monday 25 December 2017

UPIH PINANG DIGUNA UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Orang dahulu menggunakan sumber alam untuk kegunaan harian. Tahukah anda bahawa sebelum teknologi polimer (plastik) ditemui, antara pembukus terbaik ialah upih pinang.

Upih pinang digunakan untuk membungkus makanan. Makanan yang dibungkus dengan upih pinang dapat mengekalkan kepanasan makanan tersebut di samping memberikan bau yang harum.

Sesetengah pengusaha dodol membungkus dodol mereka menggunakan upih, dodol anda memang wangi baunya dan tidak mudah tengik.

Upih pinang lebih tahan berbanding daun pisang dan boleh digunakan berulang kali. Kalau untuk perjalanan jauh, upih pinang lebih sesuai digunakan.

Upih pinang juga digunakan untuk membalut buah yang mudah pecah ketika dibawa.

Ada juga yang menggunakan upih pinang untuk membuat timba. Bagaimanapun, Upih nibung lebih sesuai untuk dibuat timba.

Upih pinang dan upih nibung seakan-akan sama, tetapi upih nibung lebih keras dan tahan lasak. Sebab itu upih nibung lebih sesuai untuk dibuat timba.

Di kalangan kanak-kanak, tentu sekali upih pinang digunakan untuk bermain tarik upih pinang. 

No comments:

Post a Comment