Tuesday, 26 December 2017

PEMIMPIN SANTAI RENDAH DIRI LEBIH DISUKAI

Biasanya pemimpin politik akan berpakaian formal dan bergaya apabila turun bertemu rakyat. Hadir dengan kereta mewah dan diiringi orang kanan.

Di majlis pula mereka diraikan duduk di pentas dan berkerusi empuk. Ada hiasan di kiri kanan dan di bahagian belakang ada kain pemidang yang turut diletakkan gambar pemimpin berkenaan, selain 'tajuk' majlis berkenaan.

Pendekatan dan suasana berbeza di satu majlis dihadiri Ketua Pemuda UMNO di satu Bahagian.

Dengan gaya santai berkain pelikat, berbaju T tanpa kolar dan berkopiah serta berselipar, dia menyampaikan sumbangan bantuan peralatan persekolahan kepada pelajar.

Sekadar melontarkan pandangan, inilah ciri-ciri pemimpin yang diharapkan rakyat. Santai, mesra dan mudah.

Apa pandangan yang lain?

No comments:

Post a Comment