Sunday, 13 April 2025

TENTANG IMIGRESEN SABAH DAN SARAWAK

 
Ketika Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak dijanjikan beberapa kuasa autonomi seperti autonomi bahasa, autonomi agama dan sebagainya.

Kuasa-kuasa autonomi Sabah dan Sarawak ini termasuk autonomi imigresen dan disenaraikan di bawah "20 Points Agreement" (Sabah) dan "18 Points Agreement" (Sarawak).

Ini bererti, walaupun imigresen merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri (Premier) Sarawak.

Sebab itu, semasa orang Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, imigresen Sabah atau Sarawak akan bagi satu slip yang membolehkan orang Semenanjung berada di Sabah atau Sarawak untuk suatu tempoh tidak melebihi 30 hari.

Begitu juga keadaannya sekiranya orang Sabah ke Sarawak, atau orang Sarawak ke Sabah. Orang Sabah ke Sarawak, tertakluk di bawah kuasa imigresen Premier Sarawak. Orang Sarawak ke Sabah, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri Sabah.

Mudah kata, ibarat ada tiga imigresen:
- Imigresen Semenanjung di bawah Kerajaan Persekutuan.
- Imigresen Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah.
- Imigresen Sarawak di bawah Premier Sarawak.

No comments:

Post a Comment