Pada zaman dahulu gajah merupakan
kenderaan lambang status, sebelum adanya kereta dan
jentera bermotor. Orang ternama dan kaya
akan menaiki gajah untuk pergi ke sesebuah tempat atau menghadiri majlis-majlis
rasmi. Contohnya untuk ke istana, yang mana
mempunyai gajah umpama memiliki kenderaan Rolls Royce pada hari ini. Malah, kos untuk menjaga haiwan ini juga bukan
sedikit selain memerlukan pengendali dan dijaga rapi.
Penggunaan gajah mula terhapus sedikit demi
sedikit apabila kereta diperkenalkan selain kemerosotan industri perlombongan
bijih timah menjelang 1940.
Gambar di atas yang dirakamkan pada tahun 1930, menunjukkan pembesar Perak menaiki gajah. Gambar tersebut dipercayai dirakam di pekarangan rumah pembesar tersebut sama ada di Jalan Bendahara atau Kampung Kuchai. Pembesar tersebut ialah CM Yusof.
CM Yusof atau nama penuhnya Tan Sri Dato'
Seri Haji Chik Mohamad Yusuf Sheikh Abdul Rahman, kemudian bergelar Dato'
Bendahara Perak iaitu salah seorang Orang Besar Empat Perak.
Beliau merupakan anak kepada Sheikh Abdul
Rahman dan ibunya, Mariam Kulop Mohd Yusuff. Datuknya, Kulop Mohd Yusuff Ngah
dan moyangnya, Ngah Abdul Lassam pernah menjadi Dato' Panglima Kinta.
Beliau dianugerahkan gelaran Dato'
Bendahara Perak oleh Sultan Perak, Sultan Yussuff Izzuddin Shah pada 1959 yang
membawa gelaran Dato’.
Sumber - Zaki Salleh
No comments:
Post a Comment