Bidang pertanian amat penting kepada
kehidupan manusia sebagai pembekal sember makanan. Ia menjadi aktiviti dan
kerjaya tertua manusia dan akan wujud sehingga ke akhir dunia.
Manusia masih boleh hidup tanpa peralatan
moden dan kehidupan mewah, nama tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa bekalan
makanan. Amat penting sekali peranan petani menyediakan sumber makanan untuk
meneruskan kelansungan hidup manusia lain.
Namun, amat malang apabila kerjaya sebagai petani
tidak dinilai. Menjadi petani tidak dianggap satu kerjaya atau tugas yang
penting. Sebab itu tidak banyak orang sanggup menjadi petani. Kerjaya petani
dianggap sebagai taraf rendah dan tidak menjamin masa hadapan yang baik.
Fenomina ini berpunca pendapatan menjadi
petani dianggap tidak lumayan. Petani sering dipergunakan oleh pihak lain yang
mengaut keuntungan lebih hasil keringat dan titik peluh petani.
Harga hasil pertanian sering berubah-ubah
yang merugikan petani. Harga rendah di pasaran menyebabkan petani terpaksa
menanggung kerugian.
Hal ini biasanya dilakukan apabila pemborong
berkuasa menentukan harga di pasaran. Mereka biasanya menjadikan alasan bekalan
lebih punca harga turun. Biasanya petani terpaksa mengalah dan tetap menjual
kepada pemborong biarpun harga murah kerana ingin mengelak menanggung rugi
apabila hasil pertanian tidak dapat dipasarkan sedangkan ia tidak dapat
disimpan lama.
Tidak banyak petani sanggup melawan
pemborong. Mereka terpaksa menerima harga ditawarkan pemborong.
Diharapkan ada petani yang sanggup
melalukan sesuatu seperti usahawan yang dikenali Coach Bahar ini. Baca catatan
beliau di FB.
“Minggu ni harga cili besar merundum
jatuh. Pemborong nak ambil RM4 sahaja sekilo. Sabtu lepas saya hantar 300kg.
Bila diberitahu pemborong ambil cili ni harga rendah saya suruh staf angkat
bakul masuk balik kereta. Kononnya harga jatuh kerana lambakan cili dari Thailand
masuk.
“Saya rasa kecewa. Di meja-meja pasar
harga cili tetap mahal. Lebih lagi bila nak raya. Pemborong mainkan harga.
Ramai yang tak tahu ada minimum kos untuk sekilo cili. Lebih lagi mereka yang
tanam melalui sistem fertigasi. Sekilo cili minimum kos adalah RM7.63. Itu
kiraan saya termasuk baja, gaji, racun dan penjagaan. Biasanya harga borong
cili besar antara RM8-12. Jarang dapat RM15 sekilo.
“Bila harga jatuh sampai RM4. Mana ada
untung. Jatuh tercaraplah petani. Petani dan pekebun tak berani melawan. Mereka
senyap kerana hubungan baik antara petani dan pemborong perlu dijaga. Jika
tidak mereka kena senarai hitam langsung tak boleh hantar barang.
“Pemborong ni ada network yang luas.
Buat hal dengan satu pemborong, yang lain semua tak nak ambil barang dengan kita.
Barang kebun nak tuang kat mana?
“Hari ni staf bungkus 300 kg cili. Saya
buat program sedekah sayur. Beri orang kampung kat bazar Ramadan lagi bagus
dari kayakan orang tengah lintah darat. Siapa nak bantu petani.
“Saya ajak korang sedekah sama. Korang
beli cili besar saya RM10 sekilo. Saya akan kongsikan dengan orang kampung.
Hari ni target buat 600 bungkus. Korang boleh sama-sama membantu.”
Petani perlu berani buat perubahan dalam
strategi pemasaran agar tidak menjadi mangsa kepada pemborong.
Kredit Coach Bahar
No comments:
Post a Comment