Sejarah
Askar Wataniah Malaysia (AW) atau askar sukarela. AW adalah suatu angkatan
sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan
Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara
kita yang tercinta.
Penyertaan
rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi
sesuai dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang ditetapkan dalam Dasar
Pertahanan Negara.
Sebagai
sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua
pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta
pertahanan negara.
HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua
sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
Penyertaan
rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902.
Kerajaan
Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), pasukan
Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay
States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula
ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).
Pasukan-pasukan
Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam
Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia
dikenali sebagai Home Guard.
Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun
1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
Konsep
mempertahankan negara melalui pasukan sukarela di Tanah Melayu telah bermula
sejak awal Zaman Pemerintahan British.
Malahan
konsep ini telahpun wujud sejak Zaman Kesultanan Melaka, yang mana mereka
sanggup berkhidmat secara sukarela serta melafazkan taat setia kepada raja
untuk mempertahankan negara.
Pasukan
Sukarela pertama yang ditubuhkan di Semenanjung ialah di Pulau Pinang pada
1891. Pasukan ini dikenali sebagai Penang Volunteers dan telah
dilembagakan sebagai sebuah pasukan infantri melalui kuatkuasa Volunteer
Ordinance 1888.
Pada ketika itu keanggotaan ialah seramai 60 orang, terdiri daripada orang
berbangsa Eropah dan Serani. Pada 26 Jun 1899, Penang Volunteers yang
kedua telah ditubuhkan. Kapten Arthur Adam telah dilantik menjadi Pemangku
Komandan.
Pada
25 Oktober 1901 pula telah ditubuhkan satu kompeni SVC di Melaka diketuai oleh
Kapten R. N Bland. Keanggotaannya adalah seramai 47 orang terdiri daripada
orang Eropah, Melayu, Cina dan Serani.
Manakala di Seberang Perai atau Province Wellesley, pada tahun 1915 telah
ditubuhkan Pasukan Pertahanan Tempatan.
Pasukan
ini dikenali sebagai Province Wellesley Volunteer
Rifles (P&PWVR). Kapten W.Duncan (Pengurus Ladang Kumpulan Caledonia)
telah dilantik menjadi Pegawai Pemerintah pertama pasukan ini.
Kebanyakan
pegawai MSVR ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) yang
pada kebiasaannya Pegawai Daerah sendiri menjadi pemerintah.
Untuk menggalakkan lebih ramai pegawai atasan menyertai MSVR, beberapa
keistimewaan telah diberikan kepada mereka. Antaranya, memberi kenaikan pangkat
dengan cepat. Di samping itu sambutan daripada pembesar-pembesar lain amat
menggalakkan.
Dalam
tahun 1913, Enakmen Sukarelawan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
dikuatkuasakan dan ini telah mendorong Negeri-negeri Melayu yang lain
(Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) menubuhkan Pasukan Sukarela
masing-masing.
Negeri-negeri
yang telah menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing adalah Johor (1914),
Kelantan (1917) dan Kedah (1930).
Pasukan-pasukan
ini dikenali sebagai Unfederated Malay States Volunteer
Force (UFMSVF). Menjelang tahun 1915, di samping MSVR, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu pula menubuhkan The Malayan Volunteer Infantry (MVI).
Tahun
1921 sehingga 1937 merupakan satu era penyusunan semula ke atas Pasukan
Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Di
Negeri-negeri Selat, Pasukan SVC, SVA dan SVI, memulakan proses penyusunan
semula pada 1921. Pasukan-pasukan ini telah digabungkan dan diberi nama baru
sebagai Straist Settlement Volunteer Force (SSVF) dengan ibu
pejabatnya di Singapura.
Leftenan
Kolonel P.E Spencer telah dilantik menjadi Komandan SSVF yang pertama.
Terdapat
juga orang-orang Melayu yang telah diberi jawatan pegawai, terutama daripada
pasukan SSVF Melaka seperti Kapten Muhd Ali bin Maidin, Leftenana Abbas bin
Said (kemudiannya memasuki Askar Melayu), Leftenan Abu Bakar bin Umar, Leftenan
Jetti bin Ahmad dan Leftenan Usman bin Kering (Datok Naning).
Manakala
pada tahun 1937, pasukan Sukarela Malay States Volunteer
Rifles (MSVR) juga telah disusun semula dan diberi nama baru yang dikenali
sebagai Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF).
Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan inilah sebenarnya yang terlibat penuh
membantu angkatan tentera lain untuk menentang Jepun.
Pasukan
ini mempunyai batalion-batalionnya di setiap negeri, di samping itu mempunyai
kompeni machine gun, kompeni orang Cina dan pasukan meriam (light
battery).
Pecahan
batalionnya adalah Batalion 1 di Perak, Batalion 2 (Selangor), Batalion 3
(Negeri Sembilan) dan Batalion 4 di Pahang.
Dari
gagasan P&PWVF, SSVF dan FMSVF inilah bermulanya sejarah pasukan Sukarela
di negara ini.
Secara
amnya dapat disimpulkan bahawa Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menjadi
faktor penggerak penubuhan Pasukan Sukarela, dan di antara pusat Pasukan
Sukarela yang ulung sekali ditubuhkan ialah di Sultan Idris Training College
(SITC), Tanjung Malim. Pasukan ini dikenali sebagai Sultan Idris Training
College Volunteer Force atau SITCVF.
Pada
tahun 1929, satu kontinjen Sukarela dari Tanah Melayu telah dihantar ke England
untuk menghadiri upacara kemahkotaan Raja dan Ratu United Kingdom.
Manakala
pada tahun 1934, memperlihatkan P&PWVF dan MSVR dianugerahkan Panji-panji
Rejimen masing-masing di samping menerima Panji-panji DiRaja.
No comments:
Post a Comment