Monday, 18 January 2021

BERTUKAR PASANGAN DEMI KEPUASAN

Akibat ingin mencari kelainan dan kepuasan, ada pasangan suami isteri melakukan amalan tukar pasangan seks. Mengamalkan tukar pasangan dianggap lebih 'mulia' berbanding curang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

Tiada perasaan cumburu atau dendam apabila suami isteri bersetuju melakukan, biapun pada awalnya agak sukar untuk menerimanya.

Selain mencari pasangan yang sama aliran secara bersemuka, sekarang ini banyak perbincangan dan tawar menawar sehingga bersetuju melakukan pertukaran pasangan dilakukan melalui media sosial atau atas talian.  

Tukar pasangan, kekadang dirujuk sebagai gaya hidup bertukar pasangan, ialah "kegiatan seks bukan monogami yang boleh dihayati oleh sesuatu pasangan dan yang diperlakukan hampir serupa dengan mana-mana kegiatan sosial yang lain". 

Fenomena penukaran pasangan boleh dilihatkan sebagai sebahagian revolusi seks pada dekad-dekad kebelakangan ini yang berlaku selepas kenaikan mendadak kegiatan seks yang dimungkinkan oleh amalan hubungan seks lebih selamat pada waktu yang sama.

Bertukar pasangan dahulu dikenali sebagai tukar bini atau tukar suami. Bagaimanapun, amalan ini turut dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin, asalkan ia adalah pasangan yang antara mereka sendiri telah melakukan hubungan seks dan berkasih sayang.

Amalan tersebut dianggap sebagai saling menghormati hak pasangan masing-masing. Jika tiada persetujuan, maka ia tidak dilakukan.

Ia dianggap sebagai satu pengorbanan untuk memberi kepuasan atau pengalaman berbeza kepada pengalaman masing-masing.

Apapun alasan mengapa amalan itu berlaku, hakikatnya ia adalah perbuatan terkeji. Mereka cuba membawa amalan haiwan dalam kehidupan manusia.

Malah lebih teruk dari haiwan kerana ada haiwan yang tidak suka berkongsi pasangan dengan yang lain. Si jantan sanggup bertarung sehingga mati demi menjaga pasangan agar tidak ‘dirampas’ oleh jantan lain.

No comments:

Post a Comment