Thursday, 21 January 2021

IKAN PUYU RAWAT LEMAH TENAGA BATIN

Sebut saja ikan puyu tentu anda semua terbayangkan sejenis ikan yang sangat lasak terutamanya di dalam air tawar seperti bendang atau sawah kerana habitatnya memang senang dijumpai di situ. Ikan ini mempunyai sisik yang keras serta mampu bergerak di atas tanah jika ia mahu untuk bergerak ke tempat lain.

Pada musim hujan kebanyakkanya ikan puyu akan berhijrah dengan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

Ikan puyu sejenis ikan yang suka berhijrah ke kawasan baharu. Di kawasan berhampiran dengan paya atau ketika air banjir surut, kelihatan ikan puyu merayap jauh di atas jalan atau rumput.

Sebab itu ikan ini mampu hidup dan bertahan lama di atas darat selama beberapa jam tanpa air. Lagi satu sepsis ikan ini suka sangat bergerak secara berkumpulan dan mudah ditangkap dengan jaring dan pukat.

Ikan puyu boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air. Ikan puyu perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Ikan puyu sangat aktif pada waktu petang.

Ikan puyu diminati bukan sahaja kerana sedap dimakan goreng mahupun gulai, tetapi juga kerana khasiatnya.

Khasiat ikan puyu dikatakan mampu mengatasi masalah osteoporosies atau tulang reput selain mengatasi masalah lemah tenaga batin lelaki.

Di negara jiran itu mereka memproses tulang ikan puyu menjadi serbuk sebelum dibuat kapsul kerana dikatakan tulang puyu mampu menguatkan tulang dan merawat masalah tenaga batin lemah.

Khasiat tersebut membuatkan ikan puyu mendapat permintaan tinggi selain popular sebagai makanan eksotik termasuk di negara ini. Menyedari potensi besar dalam industri ikan puyu telah mendorong pelbagai pihak mula menternak ikan puyu secara komersial.

Jenis baka pilihan untuk diternak secara komersial biasanya ikan puyu baka Chumphon 1 yang diimport dari Thailand kerana baka jenis ini mempunyai rasa daging yang lebih manis dan lemak.

Spesies ini juga boleh cepat membesar berbanding ikan puyu tempatan.

Penternakan ikan puyu baka Thailand semakin menjadi pilihan kerana penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian serius. Ikan puyu mudah diusahakan kerana tahan lasak, susah mati dan banyak jenis makanan boleh diberikan.

Di negara ini ikan puyu boleh dipasarkan secara hidup, pekasam, ikan kering, sejuk beku dan umpan hidup (umpan pancing).

No comments:

Post a Comment