Tuesday 18 May 2021

McDonald’s DI MALAYSIA MILIK MUSLIM

Sejarah McDonald’s Corporation bermula pada tahun 1940 oleh Richard dan Maurice McDonald di San Bernardino, California, Amerika Syarikat.

Jenama McDonald’s berkembang di seluruh dunia melalui sistem francais. Sistem francais ialah hak atau kebenaran istimewa yang diberikan (dengan syarat dan bayaran tertentu) oleh syarikat induk kepada pengusaha untuk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Operasi McDonald’s di Malaysia, Singapura dan Arab Saudi dimiliki Lionhorn Pte Ltd, sebuah syarikat di bawah Reeza Group (Arab Saudi). Ia adalah milik muslim sepenuhnya.

Di Malaysia, ia diuruskan oleh Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd, anak syarikat Lionhorn Pte Ltd. Jadi, McDonald’s di Malaysia adalah milik penuh muslim.

Dengan kata lain, McDonald’s Malaysia bukan milik McDonald’s Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat. McDonald’s Corporation adalah pemilik asal perniagaan McDonald’s seluruh dunia.

Namun, bermula tahun 2016, pemilikan McDonald’s Corporation di Malaysia telah dijual sepenuhnya kepada Lionhorn Pte Ltd yang kemudiannya menubuhkan Gerbang Alaf Restoran untuk menguruskannya.

Jadi, apa hubungan Gerbang Alaf Restoran dengan McDonald’s Corporation Amerika Syarikat? Hubungannya hanyalah dalam bentuk pemilik francais (McDonald’s Corporation) dengan pemegang francais (Gerbang Alaf Restoran).

Sebagai pemilik francais, McDonald’s akan mendapat bayaran dari Gerbang Alaf Restoran mengikut terma perjanjian yang dipersetujui.

Jumlah pekerja McDonald’s Malaysia kini berjumlah lebih 12,000 orang. Kira-kira 80 peratus adalah Islam atau kira-kira 9,600 orang.

Polisi McDonald’s Malaysia mengikut saranan dikelurkan JAKIM yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama. Menutup aurat, solat dan solat Jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki. Mcdonald’s Malaysia membayar zakat keuntungan perniagaan mereka.

No comments:

Post a Comment