Wednesday 12 February 2020

LIMA DOSA BESAR PENGANUT BUDDHA


Setiap agama ada haram halal. Berdasarkan catatan di FB oleh seorang penganut Buddha, lima dosa besar jika dilakukan penganut Buddha ialah;
1-Membunuh
2-Berzina
3-Makan/minum yang memabukkan
4-Berbohong
5-Mencuri

Cuma atas manusia sama ada ingin patuh atau tidak. Yang tidak mahu ikut, maka akan mendapat pembalasan mengikut hukum agama masing-masing (mengikut padangan penganut agama berkenaan)

Berdasarkan kepada catatan tersebut, ternyata bahawa satu dosa besar jika orang Buddha makan atau minum yang memabukkan.

Kalau begitu, sekurang-kurangnya (mengikut ilmu atau apa diketahui) dua agama telah meletakkan dosa besar jika makan atau minum yang memabukkan, iaitu Islam dan Buddha.

Bermakna, dengan larangan agama itu, amalan minum arak sepatutnya berada pada paras paling minimun di negara kita. Malang sekali, sejak kebelakangan ini, kes mabuk semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya kerana pemandu mabuk.

Amat wajar hukuman kepada pemandu mabuk ditambah.

1 comment:

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Well over 160k women and men are using a simple and SECRET "liquid hack" to lose 1-2lbs each night in their sleep.

    It is easy and works on anybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Take a glass and fill it up with water half the way

    2) And then learn this weight losing hack

    so you'll be 1-2lbs thinner as soon as tomorrow!

    ReplyDelete