Tuesday 18 February 2020

AKIBAT MEMERHATI KESALAHAN ORANG


Seorang lelaki pergi ke masjid. Dia lupa mematikan (silent mode) telefon bimbitnya dan secara tiba-tiba berdering waktu sedang berdoa. Seorang takmir menegurnya dari depan, beberapa orang memarahinya apabila selesai berdoa kerana dia sudah mengganggu kekhusyukan dan ketenangan mereka ketika berdoa.

Apabila dia pulang, dia menceritakan kisah itu kepada isterinya. Dia mengharap mendapat simpati dari isterinya tetapi isterinya terus memarahinya kerana kelalaiannya.

Sejak itu, dia memutuskan untuk tidak lagi melangkah kakinya ke masjid itu.

Sebelah malamnya, dia pergi ke cafe. Masih merasa gugup dan tergoncang dengan peristiwa tadi, dia tidak sengaja telah menumpahkan minumannya di meja.

Pelayan cafe dengan pantas meminta maaf dan memberikan kain lap bersih untuk dia membersihkan pakaiannya.

Petugas kebersihan segera mengelap dan membersihkan lantai. Pengurus cafe datang membawakan minuman ganti. Dia juga memberikannya pelukan serta berkata "Jangan bimbang...sikit punya hal, siapalah yang tidak pernah buat silap?"

Sejak saat itu, ia tidak pernah berhenti datang ke cafe itu.

PENGAJARAN:

Terkadang sikap kita sebagai orang beriman yang menyebabkan ada jiwa-jiwa yang terdorong ke neraka. Kita memagari diri kita seakan kita adalah orang-orang suci.

Bagaimana kita boleh berbicara tentang ketenangan jiwa, bila fokus kita hanya kesalahan-kesalahan orang lain sahaja?

Mari kita asah kembali mata hati kita, bukan mempersoalkan siapa benar ataupun siapa yang salah, namun respon kita terhadap sesuatu keadaan yang menentukannya.

Sumber media sosial 

No comments:

Post a Comment