Monday 25 November 2019

NAJIS ITU ADALAH DIRIMU

Abu Yazid Al-Busthami adalah seorang syeikh atau pemimpin kaum Sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga dari seekor anjing di tepi jalan.

Kisahnya, seperti biasa, Abu Yazid Al-Busthami suka berjalan bersendirian pada waktu malam. Ketika dia sedang berjalan, seekor anjing berjalan terus ke arahnya.

Anjing itu dengan bersahaja berjalan dan tidak menghiraukan sang Syeikh. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya bimbang tersentuh sang anjing yang katanya najis itu.

Spontan anjing itu pun berhenti dan terus memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar seakan-akan anjing itu berkata kepadanya;

"Hai syekh... tubuhku kering dan tidak akan menyebabkan najis kepadamu. Kalau pun engkau itu berasa terkena najis, engkau hanya perlu membasuh tujuh kali dengan air dan tanah.

Maka najis itu akan hilang. Namun jika engkau mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju dan berbadan manusia itu berasa lebih mulia, dan menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan boleh dibersihkan walaupun engkau membasuhnya dengan tujuh samudera lautan".

Abu Yazid tersentak dan minta maaf  pada sang anjing. Sebagai tanda permohonan maafnya yang ikhlas, dia pun mengajak sang anjing itu untuk bersahabat dan berjalan bersama. Tapi si anjing itu menolaknya. dan berkata:

"Engkau tidak patut berjalan denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan mencemohmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta atas wujudku yang seperti ini. Lihatlah..... !! aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulangpun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum",

Lalu anjing itu pun berlalu meninggalkan Abu Yazid yang masih terpinga-pinga.

Abu Yazid masih terdiam, dalam hatinya mengasuh : "Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaan-MU saja aku tidak layak, bagaimana aku berasa layak berjalan bersama dengan-MU. Ampunilah aku dan sucinya hatiku dari pada najis hatiku ini."

Sejak peristiwa itu, Abu Yazid sentiasa memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

"Janganlah menganggap dirimu lebih suci daripada yang lain.

Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang paling suci di antara hamba-hamba-Nya" (Surah an-Najm).

No comments:

Post a Comment