Tuesday 19 November 2019

SERONOK HIKING BERSAMA KELUARGA


Hiking atau berjalan kaki menyusuri alam bukit maupun pegunungan sekarang ini menjadi pilihan mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak.

Tidak hanya orang dewasa, anak-anak pun boleh diajak melakukan kegiatan ini. Banyak bukit atau tanah tinggi yang mengambil masa pendakian sekitar antara sejam hingga dua jam sesuai dijadikan jalur atau laluan untuk hiking.

Pendakian mengambil masa maksima dua jam mampu disertai oleh kanak-kanak usia bawah 12 tahun. Tambahan pula, pendakian tidak dilakukan secara berterusan. Ia boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Aktiviti hiking bersama keluarga amat menyeronokan. Aktiviti bersama dapat saling memberi semangat untuk di destinasi puncak dan turun semula dengan selamat. 

Selain kepuasan, haiking dapat melatih kanak-kanak dengan semangat yang tinggi serta ketahan fizikal dan mental.

Sebagai permulaan, pilihlah destinasi hiking yang tidak begitu susah dan mengambil masa yang sekitar kurang dari satu jam pendakian.

No comments:

Post a Comment