Thursday 17 October 2019

KEGUNAAN GARI UNTUK AHLI POLITIK

Ini gambar gari. Mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat, gari bermaksud:  sepasang gelang daripada logam untuk membelenggu pergelangan tangan penjahat dan lain-lain, belenggu; bergari telah dibelenggu dengan gari; menggari membelenggu dengan gari. 

Gari biasanya digunakan oleh polis dan agensi penguatkuasa untuk menggari orang yang ditangkap untuk mengelak mereka dapat lepas lari.

Selain itu, gari juga digunakan untuk membelenggu individu yang dipercayai akan bertindak ganas atau sesuatu tindakan yang mengganggu ketenteraman di sesuatu tempat.

Gari juga digunakan untuk untuk membelenggu Orang Kena Tuduh (OKT) jenayah sivil ketika proses perbicaraan di mahkamah atau ketika berada di luar kawasan tahanan.

Sesiapa sahaja yang dalam kategori di atas boleh dibelenggu menggunakan gari tanpa mengira status kedudukannya, termasuk di kalangan pemimpin politik atau pemimpin negara.

No comments:

Post a Comment