Saturday, 14 July 2018

POKOK UBI KAYU PULUT BANYAK PUCUK

Pokok ubi kayu mudah ditanam. Pokok ubi kayu menghasilkan umbisi ubi yang dinama ubi kayu. Banyak kegunaan ubi kayu sebagai sumber makanan yang berkhasiat.

Satu lagi manfaat pokok ubi kayu ialah daun ubi kayu. Daun ubi yang diambil untuk dijadikan makanan terutama sayuran adalah daripada bahagian pucuknya yang masih lembut. Pucuk ubi kayu semakin mendapat permintaan tinggi dan dijual di pasar.

Pokok ubi kayu tidak disukar ditanam. Dengan menggunakan keratan batang, ubi kayu mudah dibiarkan. Kalau berhasrat menanam pokok ubi kayu untuk tujuan mendapatkan pucuknya, jenis pokok ubi kayu yang perlu ditanam ialah pokok ubi kayu pulut.

Pokok ubi kayu pulut adalah varieti ubi kayu yang mudah ditanam di sekeliling rumah sama ada di dalam pasu besar atau pun diatas tanah. Jika dahan ubi pulut ini sering dipatahkan untuk mengutip bahagian daun mudanya maka akan lebih banyak cabang dan ranting baru keluar menjadi pucuk muda lain.

Pokoknya akan merimbun dengan banyak dahan yang bercabang-cabang. Jenis ubi kayu pulut ini daunnya jenis panjang tirus lebih sedap untuk dibuat celur ulam makan dengan sambal tempoyak.

Dengan kata lain, pokok ubi kayu pulut memang sesuai untuk dipetik pucuknya. Pokok ubi kayu pulut tidak akan tinggi apabila sentiasa dipotong pucuknya dan mudah untuk proses memetik pucuk seterusnya.   

Pembajaan dengan baja organik dan pemberian air akan membolehkan pokok ubi ini cepat menghasilkan tunas dan daun pucuk baru sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment