Tuesday 6 February 2018

SISTERS IN ISLAM PEJUANG LIBERAL SEKULAR

Sisters In Islam (SIS) ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.

SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu.

Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam. 

SIS membawa fahaman liberalisme di mana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi. Manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).

Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syariah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam.

Menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat.

Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sekualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama.

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam.

Di sinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam.

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti.

Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar.

Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan. 

Jika hal ini dibiarkan maka keparahan Islam dalam masyarakat kita akan menjadi satu bala bencana yg tidak dapat kita bendung.

Moga Allah memberi petunjuk serta keampunan kepada mereka yang telah sesat agar dapat kembali ke jalan yang benar. Neraka tu amat panas, tak terdaya kita untuk menahan kepanasannya, sekiranya sebesar titik jarum terbuka, apinya mampu membakar seluruh alam ini.

No comments:

Post a Comment