Tuesday, 5 August 2025

ISLAM TUNTUT KELUAR DARIPADA KEMISKINAN

 
Berusaha keluar dari keadaan kemiskinan adalah tuntutan agama. Mencari rezeki adalah jihad dan diganjari pahala untuk bekalan akhirat, selain mendapat nikmat dunia berkaitan kekayaan. 

Orang Islam yang miskin tidak berpeluang mendapat pahala bersedekah, zakat, membelanjakan ke jalan jihad dan membantu sesama Muslim.
 
Oleh itu sesiapa yang ingin menyempurnakan Rukun Islam iaitu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji, maka perlulah dia terdiri golongan kaya. Orang miskin tidak mampu melaksanakan kedua-dua ibadat itu untuk melengkapkan Rukun Islam.
 
Malah dalam keadaan miskin dan melarat sukar untuk menumpukan perhatian untuk melakukan ibadat lain. Contohnya dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa, sudah pasti sukar untuk menunaikan ibadat sembahyang, berzikir dan sebagainya.
 
Jadi, tidak benar jika dikatakan harta tidak diperlukan untuk melakukan ibadat. Sebab itu, sesiapa yang ingin melengkapkan Rukun Islam perlu berkerja gigih untuk mencukupkan harta sehingga mampu menunaikan kedua-dua ibadat yang berkaitan dengan harta itu.
 
Sesiapa berada dalam keadaan miskin dan melarat, fikirannya menjadi celaru dan keliru sehingga mungkin terdorong melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama untuk mendapatkan sesuap nasi. 
 
Sebab itu Rasulullah menjelaskan kemiskinan menghampirkan seseorang kepada kufur dan munafik. Lantaran itu Rasulullah sering berdoa agar dijauhkan daripada kemiskinan.   

Ada tidak tepat jika usaha keluar daripada kemiskinan dianggap perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama atau menyalahi tabie manusia. 

No comments:

Post a Comment