Thursday, 26 December 2024

BEKAM AMALAN RASULULLAH

 
Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang. Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut. Perut dan usus kecil pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.

Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis, air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan. Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.

Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3 mm hingga 4 mm di bawah permukaan kulit di seluruh tubuh badan manusia. Darah yang dikeluarkan bukannya dari pembuluh darah sama ada vena atau arteri. 

Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath: Jumhur para ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam. Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.

Sandaran hadis dalam Shahih Bukhari bab kitabus saum, disebutkan: Bakir berkata dari Ummu Alqomah, "Dahulu kami pernah berbekam di hadapan Aisyah bersama anak-anak saudara Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".

No comments:

Post a Comment