Rezeki kita tidak sama. Bersyukurlah
apa yang diperoleh. Jika hendak lebih, berusahalah. Kalau tidak dapat
juga, bersyukurlah apa yang dimiliki, dan pada masa sama terus berusaha.
Jangan mudah rasa kecewa.
Ada orang tukar kereta macam beli baju.
Boleh beli berkali-kali dan tidak fikir panjang. Ikut mana yang hendak. Itu rezeki
dia. Orang lain tidak payahlah dengki. Biarkan dia hendak beli apa dan mahu
guna apa.
Tidak perlu terikut-ikut dengan kemampuan
orang. Kalau kita tidak mampu, jangan hendak berlagak atau cuba-cuba ikut
kemampuan orang lain. Jauhi daripada terperangkap dengan beban hutang. Parah
kalau tidak mampu bayar. Hidup tertekan dan banyak perkara buruk boleh terjadi
akibat hutang.
No comments:
Post a Comment