Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II yang memerintah Kelantan sekitar tahun 1840, istana dan pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Saba yang terletak di tebing Sungai Kelantan berhampiran dengan kawasan Tambatan Diraja.
Berhampiran Pulau Saba terdapat Kebun Mengseta
yang menjadi tempat kediaman kerabat diraja.
Setiap kali musim banjir, Pulau Saba
berdepan ancaman hakisan. Untuk mengurangkan kesan hakisan, Sultan
Muhammad II telah mengarahkan agar lencongan sungai dibuat.
Sebatang anak sungai di
tebing sebelah barat Sungai Kelantan iaitu dari Kampung Kutan hingga ke Bendang
Mokrat (Kampung Palekbang) telah digali.
Anak sungai itu telah selesai digali pada
tahun 1841 dan panjangnya adalah
kira-kira lima kilometer. Tetapi anak sungai itu telah tertimbus pasir dan lumpur dengan sekali
banjir saja.
Biarpun sebahagian sungai tersebut sudah
tertimbus, tetapi di tempat tertentu masih ada alur sungai yang kini dikenali Sungai Raja Gali.
Kegagalan Sungai Raja Gali berfungsi mengalih aliran Sungai Kelantan menyebabkan hakisan di Pulau Saba dan Kebun Mengseta terus belaku.
Untuk membina istana baharu dan petempatan kerabat diraja, Sultan Muhammad II telah memilih satu kawasan agak jauh dari tebing sungai.
Tapak istana dan petempatan kerabat diraja meliputi kira-kira empat ekar yang
di panggil "Buluh Kubu" kerana kawasan tersebut dikelilingi oleh
deretan pokok-pokok buluh peleting yang ditanam sebagai pagar yang besar.
"Buluh Kubu" kemudiannya lebih
terkenal dengan panggilan "Dalam Kubu".
Istana baharu siap pada
tahun 1844 Masihi dan menjadi tempat Sultan Muhammad II bersemayam.
Istana dan kawasan sekitarnya dipanggil "Kota Baharu". Ia menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran
negeri Kelantan.
Oleh sebab terjadi kekeliruan nama "Kota Baharu" digunakan untuk istana dan kawasan sekitarnya, maka Sultan Muhammad II menitahkan
supaya istana tempat baginda bersemayam itu diberi nama "Istana Balai Besar".
Manakala, seluruh kawasan istana dan kawasan sekitarnya pula dipanggil "Kota Baharu" dan kemudian diiystiharkan sebagai nama ibu negeri Kelantan yang kekal sehingga sekarang dengan ejaan "Kota Bharu".
No comments:
Post a Comment