Presiden Recep Tayyip Erdogan sah memenangi
pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye, sekali gus melanjutkan lagi
pemerintahannya selama lima tahun, selepas kali pertama dipilih ke jawatan itu pada
2008.
Pemimpin berusia 69 tahun itu mengatasi
krisis ekonomi terburuk Turkiye dalam satu generasi dan pakatan pembangkang
paling kuat yang pernah dihadapi parti berteraskan Islam pimpinannya untuk
memenangi pilihan raya paling sukar itu.
Dalam ucapannya selepas kemenangan
bersejarah itu, beliau meminta rakyat Turkiye untuk bersatu dalam perpaduan dan
solidariti.
Keputusan pilihan raya itu menunjukkan
Erdogan menewaskan pencabarnya dari parti pembangkang sekular, Kemal
Kilicdaroglu dengan empat mata peratusan.
Erdogan dilihat sebagai wira golongan
miskin di pedalaman Turkiye kerana ketegasan dan ketaatan mematuhi ajaran Islam
tetapi pada masa sama, menggalakkan kebebasan beragama serta usaha memodenkan
negara itu.
Pemulihan ekonomi Turkiye akan menjadi
cabaran paling besar bagi Erdogan kerana mata wang lira kini merudum teruk dan
ladar inflasi mencecah 85 peratus tahun lalu.
Erdogan berdepan keadaan paling sukar perlu
dihadapi dalam era paling banyak perubahan di Turkiye, sejak penubuhannya
sebagai republik pasca Uthmaniah sejak 100 tahun lalu.
Tumpuan dunia kini terarah pada politik
Turkiye demi mendapatkan perkembangan hala tuju masa depannya secara terperinci,
termasuk di Eropah dan Asia Barat.
Hubungan mesra Erdogan dengan Barat ketika dekad pertama beliau dipilih sebagai presiden, diikuti detik beliau menjadikan Turkiye sebagai anggota bermasalah dalam NATO.
Beliau melancarkan siri pencerobohan
tentera ke Syria, yang menimbulkan kemarahan kuasa Eropah dan meletakkan askar
Turkiye di pihak bertentangan dengan pasukan Kurdish disokong Amerika Syarikat
(AS).
Hubungan peribadinya dengan Presiden
Russia, Vladimir Putin, juga menguntungkan Moscow yang dikenakan pelbagai
sekatan daripada Barat susulan serangan ke atas Ukraine.
Turkiye turut mendapat limpahan ekonomi
susulan pembayaran tunggakan kos import tenaga dari Russia, yang membantu
pelbagai kempen pilihan raya Erdogan, tahun ini.
Erdogan antara lain turut menangguhkan keahlian Finland dalam NATO dan masih enggan membenarkan Sweden menyertai blok pertahanan diketuai AS itu.
Hubungan mesra Erdogan dengan Barat ketika dekad pertama beliau dipilih sebagai presiden, diikuti detik beliau menjadikan Turkiye sebagai anggota bermasalah dalam NATO.
Erdogan antara lain turut menangguhkan keahlian Finland dalam NATO dan masih enggan membenarkan Sweden menyertai blok pertahanan diketuai AS itu.
No comments:
Post a Comment