Telur
ayam ada ‘tamat tempoh’ penggunaannya. Ia berkaitan kualiti telur sama ada masih
segar atau telah dicemari bakteria.
Telur
mempunyai selaput protein nipis yang wujud secara semulajadi yang dipanggil
sebagai ‘cuticle’. Selaput ini bertujuan melindungi kandungan dalam telur
daripada dicemari oleh bakteria.
Manakala
kulit telur pula mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi menahan
kemasukan bakteria dan juga udara dari persekitaran.
Menurut
satu kajian saintifik, tahap kualiti selaput perlidungan ini mempengaruhi tahap
kesegaran telur tersebut.
Telur
lama atau telur tamat tempoh akan mempunyai selaput perlindungan yang nipis
serta liang-liang halus di permukaan kulit yang semakin terbuka. Keadaan ini
menyebabkan telur akan mudah dicemari oleh bakteria!
Satu
teknik yang paling popular untuk mengetahui tahap kesegaran telur ialah dengan merendam
telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau
terapung.
Telur
segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan.
Kenapa
ini berlaku? Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang
memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin
mudah untuk terapung!
No comments:
Post a Comment