Thursday, 10 June 2021

KELEBIHAN POKOK ANONA BIRIBA

Pokok anona banyak ditanam di kawasan laman rumah. Pokok anona juga dikenali pokok nona. Di Indonesia ia lebih dikenali pokok sri kaya.

Pokok anona berasal dari benua Amerika Selatan, khususnya dari kawasan Brazil. Ia sesuai dengan cuaca tropika di negara kita Malaysia.

Pokok nona banyak jenis. Antaranya anona biriba. Ciri-ciri pokok anona biriba seperti:
- Pokoknya cepat membesar.
- Cantasan pembentukan perlu dilakukan bagi mendapat pokok yang rendang.
- Pokok ini tahan kepada kawasan yang lembab atau banjir.
- Pokok mula belajar berbuah selepas tiga tahun ditanam.
- Buah yang masak rasanya manis berlemak.
- Kebiasaannya, buah ini dipetik dan diperam selama 3-7 hari sebelum ia sesuai dibelah dan dimakan segar.

No comments:

Post a Comment