Monday, 7 December 2020

PERTEMUAN DUA LAUT BERLAINAN SIFAT AIR


Banyak perkara telah dinyatakan dalam Al-Quran, namun ia baharu ditemui oleh manusia tentang kebenarannya. Jelas sekali kandungan al-Quran itu tepat kerana ia adalah kalam Allah SWT yang menciptakan seluruh alam dan mengatur perjalannya.

Ilmu pengetahuan moden telah mendedahkan bahawa pada tempat-tempat di mana dua lautan yang berlainan bertemu ada batas di antara kedua-duanya.

Had ini membahagi kedua-dua lautan sehingga setiap laut mempunyai suhu, kadar garam dan kepekatan tersendiri. Sebagai contoh, laut Mediterranean mempunyai air yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat berbanding dengan lautan Atlantik. 

Ketika laut Mediterranean memasuki Atlantik melalui Selat Jibraltar, airnya bergerak beberapa ratus kilometer ke wilayah Atlantik pada kedalaman 1000 meter dengan tetap mempertahankan sifatnya yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat.

Pada kedalaman ini, air laut Mediterranean berada dalam keadaan stabil. Walaupun ada ombak besar, arus dan pasang surut yang kuat, seolah-olah ada batas yang menghalang pencampuran air dari ke dua lautan ini.

Air laut Mediterranean ketika memasuki Atlantik melalui Selat Jibraltar turun ke kedalaman dengan tetap membawa sifatnya yang lebih hangat, berkadar garam lebih tinggi dan lebih pekat kerana ada batas yang membahagi antara kedua-dua lautan tersebut. Suhu dalam darjah Celsius. (Marine Geology, Kuenen, hal. 43, dengan sedikit perubahan) 

Dapatan kajian tersebut telah dinyatakan oleh Allah dalam surah ar-Rahman, ayat 19-20 yang bermaksud: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”

Di dalam ayat lain pula dijelaskan dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Surah al-Furqan, ayat 53)

No comments:

Post a Comment