Friday, 18 December 2020

KUIH TONYOH SEDAP DIMAKAN DENGAN KELAPA PARUT

Satu resipi baharu berasaskan ubi kayu ialah kuih tonyoh. Mengapa namanya ‘tonyoh’. Perkataan tonyoh bermaksud ‘menyentuh dengan ibu jari’. Tetapi maksud kuih tonyoh ialah kuih yang dibuat hasil ubi kayu yang ditonyoh ketika diparut.

Kuih tonyoh kini menjadi pesaing kepada kuih putu halba ketika musim banjir atau musim tengkujuh di Kelantan. Kedua-dua kuih tersebut dibuat menggunakan bahan asas ubi kayu.

Sekarang ini ramai yang minat tonyok disebabjan rasa lebih segar dan gebu. Ia diperbuat daripada ubi kayu segar yang ditonyoh. Jadi, rasa ‘air’ dalam ubi kayu dapat dirasa asli.

Berbanding dengan putu halba sekarang ini banyak yang menggunakan tepung ubi kayu (bukan halus seperti gandung) yang kering sepenuhnya.

Selain itu penyediaan kuih tonyoh dianggap lebih mudah dan peralatan untuk memasak kebanyakannya ada di kebanyakan rumah. Peralatan yang diperlukan ialah pemarut dan kukusan.

Ubi kayu yang telah diparut akan digaukan dengan sedikit garam. Untuk kelihatan warna warni, boleh dimasukan juga pewarna.

Bahan yang telah digaul rata akan dibuat tompokan atau diasingkan mengikut ukuran dikehendaki. Kemudian dikukus selama kira-kira 20 hingga 30 minit.

Untuk memakannya, ikut cara masing-masing. Ada yang memakannya bersama kelapa parut dicampur dengan gula atau manisan.

Untuk lebih sedap, sediakan kuah berbentuk manisan yang biasa dimakan dengan putu atau serabai.

Kalau hendak makan kosong pun ok. Rasanya macam ubi kayu rebus biasalah.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment