Peribahasa
“air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam” bermaksud sangat sedih
sehingga tidak enak makan dan minum.
Dalam
keadaan sedih dan tertekan, tentu sekali apa sahaja yang dilakukan tidak
mendatangkan kepuasan dan serba tidak kena.
Sebab
itu dikatakan air diminum terasa duri. Tentu sekali terkena duri amat
menyakitkan.
Kalau
sudah dirasakan macam makan sekam, tentu sekali tidak enak. Sekam padi bukan
sahaja tidak sedap, bahkan akan terasa gatal dan sakit tekak.
Apa
sahaja masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaian. Bertabahlah dan
berusaha untuk mengatasinya. Jangan mudah mengalah dan rasa kecewa.
Rasa
sedih dan kecewa tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya akan menyebabkan
keadaan menjadi semakin kusut dan bermasalah.
Bangkit
untuk mengubah keadaan kepada keadaan lebih baik.
No comments:
Post a Comment