Saturday, 14 December 2019

KISAH BURUNG DENGAN JERAT

Seekor burung ketika mencari makan kebetulan terjumpa dengan sebuah jerat. Lalu burung tersebut bertanya kepada jerat.

Burung: Siapakah kamu?
Jerat: Akulah hamba dari hamba-hamba Allah.
Burung: Kenapa kamu duduk di atas tanah?
Jerat: Merendah diri kepada Allah.
Burung: Kenapa kamu rapatkan belakangmu?
Jerat: Kerana aku takutkan Allah.
Burung: Kenapa pula kamu depakan dada kamu?
Jerat: Tanda aku sentiasa berkhidmat.
Burung: Dan apa pula benda ni?
Jerat: Inilah kayu... yang dengannya aku berehat.
Burung: Kenapa dengan bijirin-bijirin ini?
Jerat: Dengannya aku bersedekah.
Burung: Bolehkah aku mengambilnya?
Jerat: Jika kamu berhajat ambillah.

Burung tersebut merendahkan paruhnya untuk memakan bijirin tersebut. Sepantas kilat, jerat itu telah menjeratnya.

Burung tersebut mengerang kesakitan. Burung merayu agar dilepaskan oleh jerat.

Lalu jerat menjawab: Kamu katalah apa sahaja. Sekarang kamu takkan ada jalan keluar lagi.
Burung: Aku mohon perlindungan dengan Allah dari mereka yang katanya lain dan lain pula perbuatannya.

Demikianlah kisah burung dan jerat.

Tahukah siapakah jerat itu???
Itulah dunia yang selalu membutakan mata hati manusia dengan kegemerlapannya. Sentiasa menjerat manusia. 

Dan siapakah burung itu???
Itulah aku dan kamu wahai insan. Berhati-hatilah agar tidak terjerumus dengan perangkap dunia yang hanya tipuan semata-mata. 

No comments:

Post a Comment