Wednesday 18 December 2019

MENU ULAM KAYA KHASIAT MUDAH DISEDIAKAN


Ulam merupakan suatu juadah penting dalam hidangan harian bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu di kampung, malah kini hidangan ulam juga digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu. 

Ulam mempunyai banyak khasiat kerana kebanyakkannya dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama.

Ulam mempunyai banyak khasiat, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium.

Ulam yang dimakan mentah atau dicelur dapat mengekalkan khasit yang ada. Memanas atau memasak terlalu lama boleh merosakkan gizi atau zat yang ada dalam ulam atau makanan lain.

Kalau tidak dimasak, tentu sekali lebih mudah dan tidak mengambil masa lama. Dapat menikmati rasa asli ulam secara segar dan semulajadi.

Untuk menambah selera, ulam boleh dicich atau dimakan bersama dengan bahan perisa mengikut kesukaan masing-masing. Kalau di Kelantan tentu sekali dengan budunya. Di Melaka terkenal dengan cencalok. Tidak kurang hebatnya adalah sambal belacan.

No comments:

Post a Comment