Sisters In Islam (SIS)
ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang
sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari
segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan
hak yang didakwa mereka.
SIS
berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama
Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan
“Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu.
Di
tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka
bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi
Islam.
SIS
membawa fahaman liberalisme di mana sekularisme menyokong kewujudannya dengan
berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu
amalan peribadi. Manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari
cengkaman agama (Kristian).
Keadaan
ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di
dalam menghadapi hukuman di mahkamah syariah, hak lelaki berkahwin lebih dari
satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai
Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah negara, mempercayai agama
hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan
hukuman bukan keseluruhan dari Islam.
Menentang
hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya,
menentang negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas
masyarakat.
Negara
tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sekualiti yang
mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan
beragama.
Atas
sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang
menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan
penguatkuasaan hukum Islam.
Di
sinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam.
SIS
adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam
menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa
keseronokan maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti.
Selagi
ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa
sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana
pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana
kononnya ia adalah hak individu.
Mereka
juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan.
Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang
berdasarkan agama menjadi longgar.
Kerana
mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan
berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan
pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.
Jika
hal ini dibiarkan maka keparahan Islam dalam masyarakat kita akan menjadi satu
bala bencana yg tidak dapat kita bendung.
Moga
Allah memberi petunjuk serta keampunan kepada mereka yang telah sesat agar
dapat kembali ke jalan yang benar. Neraka tu amat panas, tak terdaya kita untuk
menahan kepanasannya, sekiranya sebesar titik jarum terbuka, apinya mampu membakar
seluruh alam ini.
No comments:
Post a Comment