Friday, 18 April 2025

PEMASANGAN ALAT SEMBOYAN KERETA API ECRL

 
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah memasang alat semboyan pertama di Stesen Kotasas, Pahang. Kejayaan itu sebagai tanda permulaan rasmi kerja kejuruteraan komunikasi, isyarat dan maklumat. Pemasangan sistem penuh akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Dalam pengendalian perkhidmatan kereta api, selain kepala kereta api (lokomotif) dan gerabak penumpang, landasan dan stesen, satu keperluan penting ialah alat semboyan.

Semboyan, atau dalam bahasa lain disebut isyarat, merupakan alat komunikasi penting dalam operasi kereta api. Ia digunakan untuk memberi kebenaran kepada sesebuah tren memasuki atau melalui laluan tertentu, memastikan perjalanan berjalan lancar dan mengelakkan sebarang insiden di antara tren.

Setiap isyarat dalam memastikan keselamatan dan ketertiban perjalanan kita.

Pada awal dahulu, antara alat semboyan terawal adalah penggunaan lampu semboyan tangan. Ia menggunakan minyak tanah sebagai bahan bakar dan perlu sentiasa ditambah. Lampu itu dikawal oleh ketua stesen, pengawal kereta api dan panjaga pagar lintasan rata dari tahun 1920-an sehingga 1990.

Alat komunikasi lain ialah isyarat bilah yang diletakkan di sesuatu laluan landasan kereta api sebagai tanda kebenaran melaluinya apabila bilah diturunkan. Jika bilah dalam keadaan melintang, bermakna kereta api tidak dibenarkan memasuki laluan tersebut. Isyarat bilah itu dikendalikan secara manual, diturun atau dinaikkan melalui pusat kawalan.

Sekarang ini, lampu isyarat seperti yang terdapat di simpang jalan raya digunakan. Ia diuruskan cara moden dan lebih cekap. 

No comments:

Post a Comment