Friday 28 January 2022

USAHA MELAYU MENJADI KUAT

 
Usaha memperkasakan bangsa Melayu agar menjadi lebih hebat, bermaruah dan berkat perlu digerakkan. Antara intipati gerakan merangkumi usaha memupuk semangat 'Melayu Hebat' dalam kalangan generasi muda.

Melayu perlu menjadi bangsa lebih hebat dan bukannya yang sentiasa mengharapkan ihsan dan bantuan. Keperibadian dan jati diri Melayu perlu sentiasa diperkasa.

Pasti ini adalah simbol perpaduan paling bermakna. Apapun, Perpaduan Melayu adalah gagasan penting yang perlu dilaksanakan. Janganlah kita hanya beretorik, tetapi tidak ada pelaksanaan.

Seperkara penting yang perlu diberi perhatian ialah keikhlasan. Mereka perlu menginsafi kesilapan yang pernah dilakukan dan bersikap jujur untuk sama-sama memainkan peranan mengeratkan perhubungan sesama Melayu.

Bangsa Melayu sebenarnya mempunyai tanggungjawab penting menentukan masa depan dan hala tuju negara. Perpaduan Melayu akan menguatkan lagi pengaruh dan peranan orang Melayu di negara ini.

Sudah sampai masanya untuk kita berhenti menuding jari menyalahkan puak lain. Pastikan usaha perkuatkan Melayu tiada penghujung kerana kitalah bertanggungjawab memastikan agama Islam, kedudukan kita di bumi yang berdaulat ini tidak lagi diperlekeh, bahkan terus diperkasakan.

Kita tidak mahu anak cucu kita mengemis di tanah air sendiri dek kerana kesilapan kita pada hari ini.

No comments:

Post a Comment