Cuba
mencari maksud perkataan sekiat, ghiat, chekiat dan khiyat di kamus dalam
talian Dewan Bahasa dan Pustaka, nama kesemuanya tiada maklumat mengenai perkataan
tersebut.
Manakala
maksud perkataan keriat yang digandingkan dengan keriut menjadi keriat-keriut
membawa maksud keriang-keriut.
Carian
maksud perkataan kiat pula menemui definisi berkiat keras dan tidak boleh
dikelokkan.
Perkataan
sekiat, ghiat, chekiat, khiyat, keriat dan kiat adalah nama yang digunakan
untuk merujuk nama buah di dalam gambar. Memandangkan tidak ditemui nama ‘sebenar’
buah ini, untuk tujuan penulisan ini ia akan dikenali sebagai buah sepertimana
nama-nama yang biasa digunakan.
Buat
kiat terkenal di Kelantan pada dekad lalu. Begitu juga di Kedah dan Terengganu.
Di Kelantan terdapat tempat menggunakan nama kiat.
Tempat
paling terkenal dengan nama kiat di Kelantan ialah Kampung Kubang Kiat yang
juga sebuah mukim (kampung) di daerah (mukim) Kadok, Jajahan (daerah) Kota
Bharu, Kelantan.
Selain
itu nama kiat juga terdapat Kampung Kiat di Pasir Mas dan Pengkalan Kiat, Pulai
Chondong. Di Terengganu terdapat nama Kampung Gong Kiat. Di Sik, Kedah
pula ada Kampung Banggul Kiat.
Dengan
kata lain, nama buah kiat terkenal pada masa dulu. Tetapi, jika kita sebut nama
atau buah kiat, tidak ramai generasi sekarang yang kenal dan pernah makan
buahnya.
Ini
kerana buah yang popular pada masa dulu, kini telah dikategorikan sebagai buah
nadir atau buah yang jarang-jarang ditemui. Buah kita kini sukar untuk dicari
di kampung yang dulunya mudah diperoleh.
Ini
kerana pokok itu sudah banyak yang ditebang kerana pembangunan, sedangkan yang
baharu pula tidak ditanam.
Tidak
ada orang berasa sayang untuk menebang pokok kiat dan tidak ada pula yang ingin
menanam baharu. Ini kerana tidak ramai orang yang masih menggemari buah
kiat.
Buah
kiat bukannya tidak sedap. Ia menjadi pilihan generasi terdahulu. Pokoknya
jenis batang keras. Ketinggiannya sekitar 5 hingga 10 meter.
Jadi
tidak sukar untuk memanjatnya atau mengait menggunakan galah. Pokok ini tidak
merimbun. Jadi, ia tidak dijadikan pokok teduhan di kawasan rumah. Bahkan, jika
terdapat pokok besar di atas menaunginya, pokok kiat akan meninggi kurus.
Kerana
batangnya keras dan melurus, pokok kiat biasa dijadikan ‘turus’ pagar atau
batang pagar semulajadi.
Buah
kiat pada masa muda atau belum masak berwarna hijau. Besarnya lebih kurang
sebesar buah tanjung atau buah keranji.
Semasa
masak, warna kulitnya bertukar kuning kemerahan. Untuk memakannya boleh
secara mentah atau segar.
Untuk mengopek atau mengupasnya hanya perlu picit atau tekan di bahagian hujung
buah sama ada di bawah atau bahagian tangkai.
Kulitnya
mudah terbelah dua dan menampakan isinya dua ulas yang ‘berdakap’. Isinya licin
nampak seperti berair tetapi agak pejal, menampak samar-samar
bijinya.
Rasanya
masam-masam manis. Bagi mereka yang biasa memakannya, akan menggigit
sedikit bahagian isi untuk menikmati rasa masam-masam manis itu dan kemudian
terus ditelam dengan biji-bijinya.
Tindakan
menelan bersama-sama biji tidak mengganggu sistem penghadaman mereka yang telah
biasa memakannya. Bahkan dikatakan akan membantu proses pembuangan najis.
Disebabkan
itu, di kampung-kampung, biasanya pokok itu ditanam oleh ‘datuk temenggong’
atau dari najis yang mana sistem membuang najis dulu dibuat merata-rata di
kawasan berhampiran rumah di kawasan berhampiran semak.
Buah
ini sesuai dimakan segar atau dicampur dengan pencicih seperti gula, garam,
kicap atau cuka.
Biarpun
semakin disukar ditemui, mungkin ada bernasib baik dapat membelinya di pasar
tani, atau turut dijual bersama dengan buah-buahan lain atau di pasar
sayur.
Untuk
mengembalikan nama buah kiat dan kembali mendapat sambutan, generasi muda perlu
diperkenalkan dengan buah nadir ini. Tidak sukar untuk menanamnya
menggunakan biji. Ia satu warisan bangsa yang perlu terus dikenali dan
diminati.
No comments:
Post a Comment