Setiap
orang perlu bekerja mengikut kemampuan masing-masing yang menyumbang kepada
kebaikan. Dunia yang terbentang luas ini memerlukan tenaga manusia untuk
dimakmurkan.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan tuntutlah dengan kurniaan yang telah dilimpahkan
Allah kepadamu itu kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalan) dari dunia.” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Justeru,
sesiapa yang memilih menjadi penganggur sebenarnya menolak rahmat Allah
SWT. Perkara yang amat merugikan apabila didapati banyak remaja Islam
lebih suka berfoya-foya daripada berusaha mencari rezeki yang sentiasa
terbentang luas.
Setiap
makhluk dicipta Allah SWT telah ditetapkan rezeki yang mencukupi baginya.
Namun, rezeki itu tidak datang bergolek jika tidak diusahakan.
Sesungguhnya,
rezeki berada di mana-mana, hatta di dalam timbunan sampah! Banyak orang
bekerja mencari bahan kitar semula dalam timbunan sampah. Usaha itu bukan
saja mendatangkan rezeki, tetapi memberi kesejahteraan kepada orang
ramai.
Sampah
sarap yang dikitar semula dapat mengelak berlaku kekotoran dan menyediakan
bahan mentah untuk digunakan semula. Banyak individu mampu menyara
keluarga dengan kerja mencari sampah yang boleh dikitar semula. Biarpun
kerja itu menyebabkan badan kotor, tetapi yang penting ialah kebersihan hati
melakukan kerja-kerja itu untuk mencari keredaan Allah SWT.
Sesungguhnya,
Allah SWT tidak memandang mulia atau hina sesuatu pekerjaan berdasarkan
‘tarafnya’ atau di tempat mana dilakukan. Asalkan pekerjaan itu halal dan
memberi kebaikan, ia dipandang mulia oleh Allah SWT.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak makan seorang itu sebarang makanan pun lebih
baik daripada dia memakan makanan daripada hasil tangannya
sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud mengambil makanan dari usaha tangannya
sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)
Keberkataan
rezeki meliputi kebahagiaan hidup, kesejahteraan, kedamaian, keselamatan,
dijauhi daripada fitnah dan memberi kebaikan. Walaupun apa yang diperoleh
itu sedikit, rezeki yang diberkati lebih bermakna berbanding rezeki haram yang
banyak.
Rezeki
yang tidak halal diperoleh secara menipu, rasuah, perjudian dan sebagainya
tidak mendatangkan kebahagiaan kepada pemiliknya. Lagi banyak harta
diperoleh secara tidak halal, lagi banyak masalah yang timbul akibatnya.
Anak-anak yang dibesarkan dengan makanan dibeli menggunakan wang haram akan
mendatangkan masalah kepada ibu bapa.
Setiap
muslim perlu bersungguh-sungguh mencari rezeki agar tidak perlu meminta-minta
daripada orang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah kamu meminta-minta
daripada orang lain.” (Hadis riwayat Ibnu Hanbal).
Galakan
agar setiap muslim bekerja bersungguh-sungguh dan melarang daripada
meminta-minta membuktikan pentingnya usaha mencari rezeki. Agama Islam
mementingkan kepada kecemerlangan dan kejayaan dalam semua aspek kehidupan
umatnya.
Sesungguhnya
Allah SWT tidak akan mengubah nasib mana-mana individu atau kaum, jika diri
sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya. Kemiskinan bukan satu takdir,
atau bala yang tidak boleh diubah. Allah SWT memerintahkan agar manusia
berusaha mengubah nasib menjadi lebih baik.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah
ar-Rad, ayat 11).
Jangan
sekali-kali mudah berputus asa jika berdepan dengan kegagalan. Gagal
sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Ketekunan dan kerja kuat yang
dilakukan tanpa jemu membuahkan hasil yang lebih besar.
Umat
Islam perlu merebut segala peluang yang disediakan oleh Allah SWT. Maruah
umat Islam lebih dipandang mulia dan tinggi jika mempunyai kekayaan setanding
dengan umat lain. Tanggapan mengatakan Islam agama kemiskinan dan kemunduran
perlu diubah.
Umat
Islam mesti kembali bangkit meneroka alam luas. Penguasaan ilmu, ekonomi
dan cara hidup yang luhur wajib diusahakan untuk memulihkan kembali maruah
Islam yang semakin tercalar sekarang ini.
No comments:
Post a Comment