Tuesday 26 January 2021

MENGAPA ORANG ISLAM DITUDUH PENGGANAS

Umat Islam sering dilemparkan dengan tuduhan sebagai pengganas. Kenyataan itu tidak tepat kalau kita lihat kepada fakta sebenar. Kejadian keganasan dan perang yang berlaku di dunia ini majoritinya dilakukan pihak lain. Orang Islam bukan melakukan keganasan, tetapi menjadi mangsa tindakan ganas pihak lain.

Mari kita ingat kembali catatan secara dunia berkaitan peperangan dan keganasan.
- Pihak mana yang memulakan Perang Dunia I? Apakah kaum muslimin?
- Pihak mana yng menyalakan Perang Dunia II. Pihak Islamkah?
- Siapakah yang membunuh 20 juta jiwa penduduk asli Australia? Apakah kaum muslimin?
- Siapakah yang menjatuhkan bom atom di Hiroshima Nagasaki? Apakah kaum muslimin?
- Pihak mana yang membunuh lebih dari 100 juta nyawa suku Indian kulit merah yang merupakan penduduk asli benua Amerika? Apakah kaum muslimin?
- Siapakah yang melakukan penghambaan terhadap kurang lebih 180 juta jiwa orang Afrika dan 88 % dari mereka akhirnya meninggal dunia kemudian mayat mereka di buang ke laut samudera? Apakah kaum muslimin?
- Siapa yang serang negara Afghanistan?
- Siapa yang menghancurkan Iraq?
- Siapa yang meranapkan Libya?
- Siapa yang membunuh rakyat Palenstin?
- Siapa yang menyerang memperkosa dan membunuh Muslim Bonia Herzegovena?

Tentu sekali sejarah akan menjawab bahawa itu semua bukan dimulai atau dilakukan oleh orang Islam. Kalau begitu, mengapa orang Islam yang dipersalahkan?

Inilah soalan yang perlu dijawab secara jujur oleh mereka yang selama ini mendakwa orang Islam segai pengganas. Dan, seperti biasa mereka tidak akan menjawabnya dengan ikhlas. 

No comments:

Post a Comment