Monday 4 November 2019

GULAI BUAH KEKABU MUDA

Pokok kekabu menghasilkan buah yang mengeluarkan kekabu yang berupa seperti kapas. Kulit buah kekabu akan merengkah apabila sudah matang dan menampakkan kekabu. Kekabu akan berterebangan ditiup angin.  

Tetapi tahukah anda, buah kekabu muda juga boleh dibuat sayur atau gulai? Gulai buah kekabu muda rasanya manis gebu lembut.

Bagaimana hendak masak? Anggap sahaja buah kekabu muda itu seperti terung atau sayur jenis buah. Boleh buat macam-macam.

Selain itu, buah kekabu muda juga dibuat colek atau dimakan dengan pencicah.

No comments:

Post a Comment