Friday, 27 May 2016

RAWAT WAJAH MUKA CARA SELAMAT

Wajah adalah bahagian badan sangat penting.  Wajah dianggap  'duta' memperkenalkan diri yang bukan saja dijadikan pengenalan diri, tetapi juga imej diri.

Maka itu, perawatan muka atau wajah menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian. Untuk mendapat hasil terbaik perlu kepada kaedah atau perawatan tertentu. 

Banyak orang ingin mengetahui cara merawat wajah yang dapat memberikan hasil maksima yang dapat menghasilkan wajah putih, bersih, sihat dan tentu saja terbebas dari jerawat dan jeragat.

Setiap orang tentu sangat ingin mempunyai wajah yang sihat dan bersih, akan tetapi banyak tidak merawat wajah mereka secara benar sehingga hasil yang mereka inginkan kadang tidak sesuai dengan harapan.

Sehingga selain perawatan yang didapat dari salon maupun dari produk perawatan wajah kita juga dapat merawat wajah kita di rumah untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Pada umumnya cara merawat wajah tidaklah susah. Pertamanya kenal pasti punca masalah. Mungkin berkaitan dengan pemakanan, jenis kulit, penyakit, keturuan dan pengaruh alam sekitar.

Berdasarkan faktor itu, langkah rawatan atau pencegahan boleh dilakukan. Kalau berkaitan dengan penyakit, rawatan terhadap penyakit itu perlu dilakukan.  Contohnya mereka mengidap resdung, maka penyakit resdung itu perlu dirawat yang secara langsung merawat masalah wajah.

Pengambilan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kaedah perawatan wajah paling berkesan.  Pengambilan buah dan sayur memberi khasiat paling berkesan untuk merawat wajah.  Kaedah itu paling selamat dan banyak manfaat lain.

Pengambilan nutrisi siap di pasaran cara mudah merawat masalah muka. Mungkin harganya mahal, tetapi berbaloi. Nutrisi adalah penyembuh terbaik.

Pengambilan kolagen dan vitamin C memberi kulit muka bersih dan cantik. Kolagen dan Vitamin C juga dimanfaatkan untuk fungsi badan lain.

Elak guna kosmetik yang mengandungi bahan berbahaya. Biarpun kesannya cepat, tetapi kesan sampingan amat buruk.  

No comments:

Post a Comment