Biarpun
penggunaan bahasa isyarat agak terbatas, tetapi tidak dapat dinafikan
kepentingannya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perkara ini
secara tidak langsung dapat mengatasi masalah atau halangan
berkomunikasi.
Dalam
masyarakat Malaysia tidak terdapat bahasa isyarat khusus yang digunakan,
melainkan apa yag diajarkan di sekolah kepada pelajar cacat pendengaran dan
bisu. Mereka ini mengikuti pembelajaran bahasa isyarat yang 'rasmi' yang digunakan
di negara kita.
Namun,
di kalangan orang kebanyakan, penggunaan bahasa isyarat tidak tetap. Di
kalangan keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang cacat pendengara dan bisu,
mereka mempunyai bahasa isyarat sendiri yang 'boleh' difahami atau diterima di
kalangan ahli keluarga.
Pun
begitu, bentuk bahasa isyarat yang digunakan itu biasanya tidak banyak berbeza
antara satu sama lain. Ini kerana bahasa isyarat yang digunakan adalah lebih
berbentuk menggambarkan sesuatu perbuatan. Keadaan ini juga adalah merujuk
kepada bahasa isyarat yang digunakan oleh kaum-kaum di Malaysia.
Sebagai
contohnya, bahasa isyarat yang gunakan oleh semua kaum untuk menunjukkan
'makan' ialah keadaan tangan yang seakan-akan menjemput atau memegang makanan
dibawa dan diletakkan di bahagain mulut. Bahasa isyarat itu boleh dianggap
'khusus' dan difahami oleh masyarakat di seluruh dunia.
Dalam
konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, terdapat bahasa isyarat 'khusus'
yang dimudah difahami. Keadaan 'persefahaman' ini memudahkan untuk
berkomunikasi biarpun mereka tidak mengetahui secara mendalam sesuatu amalan
yang dimaksudkan.
Sebagai
contoh, masyarakat berbilang kaum di negara memahami atau mengerti jika
ditunjukkan bahasa isyarat mengangkat kedua-dua belah tangan ke hujung telinga
dan tangan itu diletakkan di bahagain perut (takbir semasa sembahayang),
bahawasanya ia dikaitkan dengan ibadat sembahyang yang dilakukan oleh orang
Islam.
Jadi,
jika ditunjukkan atau melihat 'bahasa isyarat' itu, orang bukan Islam akan
mengambil tindakan yang sewajarnya pada masa itu. Mereka akan menghormati
kedudukan orang Islam yang sedang bersembahayang itu, seperti tidak bercakap,
tidak melakukan perbuatan yang mereka 'tahu' tidak boleh dilakukan oleh orang
sedang bersembahayang dan sebagainya.
Kefahaman
itu biarpun nampak mudah, hakikatnya bahasa isyarat yang difahami itu dapat
mengelak daripada berlaku salah faham sehingga boleh menimbulkan keadaan
tegang.
Bayangkan, jika orang bukan Islam tidak memahami bahasa isyarat orang Islam
sedang bersembahyang, sudah tentu mereka akan melakukan perbuatan yang boleh
menimbulkan kemarahan orang Islam.
Contoh
bahasa isyarat lain yang kerap digunakan dan mudah difahami oleh semua rakyat
Malaysia ialah tanda hormat dengan cara menundukkan sedikit bahagian
kepala. Isyarat itu dilakukan selain beberapa amalan lain seperti bersalam
atau mengucapkan perkataan tertentu.
Ketika
bertemu, masyarakat Malaysia akan menundukkan sedikit bahagian kepada sebagai
tanda hormat kepada orang yang ditemui itu.
Amalan
ini diamalkan oleh semua kaum dan mereka faham bahawa jika perbuatan itu
dilakukan, itu menunjukkan mereka dihormati. Sebagai balasannya mereka pula
akan melakukan tindakan yang sama.
Jika
mereka tidak memahami bahasa isyarat itu, contohnya tidak membalas kembali
tanda hormat itu, akan menyebabkan pihak yang memberi hormat itu akan merasakan
orang yang dihormat itu tidak berbudi bahasa.
Keadaan ini mewujudkan suasana 'tegang' dan perasaan tidak puashati. Lebih
memburukkan keadaan jika mereka tersilap mentafsir maksud sebenar amalan itu.
Contoh
lain bahasa isyarat yang umum difahami di kalangan masyarakat Malaysia ialah
menangkat tangan hingga paras bahu. Perbuatan itu difahami bahawa itu tanda
hormat, sapaan atau menyedari kehadirian mereka.
Perbuatan
itu dilakukan jika kedudukan mereka 'berkomunikasi' itu dalam jarak yang mampu
dicapai oleh tangan atau mereka tidak mampu untuk berjabat tangan atau
bersalam.
Tanda
itu juga dilakukan untuk menghormati kelompok orang yang banyak di mana
dirasakan sudah memadai bahawa mereka berkomunikasi dengan semua orang yang
melihat perbuatan itu.
Mereka
yang melihat atau menyedari ada individu lain mengangkat tangan kepadanya, maka
dalam budaya masyarakat Malaysia, individu itu perlu membalasnya dengan juga
mengangkat tangan. Perbuatan itu umpama seperti mereka menerima menjabat
tangan yang dihulurkan oleh orang lain.
Bahasa
isyarat tangan ini bukan juga satu bentuk komunikasi antara lelaki dan
perempuan. Orang Islam lelaki biasanya tidak bersalam atau berjabat tangan
dengan perempuan bukan mahram.
Perbuatan
bersentuhan lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram. Jadi sebagai tanda
komunikasi atau sapaan, bahasa isyarat yang digunakan adalah mengangkat tangan,
selain menundukkan sedikit bahagaian kepala seperti dijelaskan sebelum ini.
Penggunaan
bahasa isyarat yang dinyatakan di atas ternyata amat berkesan sebagai bahasa
komunikasi rakyat Malaysia pelbagai kaum. Selain itu terdapat banyak lagi
bahasa isyarat lain yang digunakan yang menjadi medium berkomunikasi.
Dengan
kata lain, bahasa isyarat banyak memberi sumbangan kepada pembentuk hubungan
harmoni rakyat Malaysia. Penggunaan bahasa isyarat ini dapat mengurangkan
tekanan dalam perhubungan kepada merasakan sudah berjaya mengekspresikan
perasaan dan kehendak yang ingin dizahirkan.
Biarpun
diakui keberkesanan bahasa isyarat dalam mengeratkan hubungan, tidak pula
dianggap sebagai cara berkomunikasi terbaik. Ini kerana penggunaan bahasa
isyarat untuk tujuan berkomunikasi agak terbatas.
Jika
dibandingkan dengan komunikasi menggunakan percakapan normal iaitu dengan
menggunakan suara, bahasa isyarat mempunyai batasan kelancaran untuk
berkomunikasi dari segi kepantasan dan penerimaan maksud yang ingin
disampaikan.
Kemungkinan
boleh berlaku salah faham ketika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
isyarat yang melibatkan penggunaan simbol-simbol dan gerakan tangan yang banyak
dan rumit.
No comments:
Post a Comment