Sunday, 14 June 2020
LARANGAN MENGAMBIL APA TELAH DISEDEKAH
Sesuatu yang disedekah kepada seseorang atau pihak lain adalah menjadi milik penerimanya dan tidak patut diambil kembali biarpun dibeli.
Dari Umar bin Al-Khaththab berkata: Aku memberi (seseorang) kuda yang untuk tujuan digunakan berperang di jalan Allah lalu orang itu tidak memanfaatkan sebagaimana mestinya. Kemudian aku berniat membelinya kembali darinya kerana aku menganggap membelinya lagi adalah suatu hal yang (diringankan) dibolehkan. Lalu aku tanyakan hal ini kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda: “Jangan kamu membelinya sekalipun orang itu menjualnya dengan harga satu dirham, kerana orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti anjing yang menjilat kembali ludahnya.” (Hadis riwayat Bukhari no.2623)
Bagaimanapun, penerima sedekah itu harus atau dibolehkan untuk menyerahkan sedekah itu kepada pihak lain atau menjualnya kepada orang untuk mendapatkan wang atau tidak memerlukan barang yang diterima itu.
Orang yang menyerahkan sedekah, tidak patut mempertikaikan cara atau bagaimana wang atau barang yang disedekah itu digunakan.
Sesungguhnya bahawa apa yang telah disedekah itu telah berpindah milik sepenuhnya kepada yang menerima sedekah itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment