Dalam al-Quran
jelas menyatakan bahawa antara dosa yang tidak seharusnya dilakukan oleh
seseorang Muslim tanpa mengira jantina dan umur adalah melakukan hubungan seks
atau apa sahaja kelakuan ke arah itu tanpa nikah yang sah di sisi syarak.
Antaranya
adalah dalam Surah al-Mukminun: 5-7 bermaksud: “Dan orang yang menjaga
kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain
itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas.”
Justeru, atas alasan apakah bila ada seseorang menyatakan bahawa amalan hubungan seks sesama jantina atau Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah sesuatu yang beretika dan bermoral pada pandangan Allah SWT.
Kisah
Nabi Lut dalam al-Quran cukup jelas menyatakan larangan sedemikian dan
sepatutnya tidak dibahaskan lagi.
Namun, pemikiran
liberal semakin merosakkan pemikiran manusia. Bukan sahaja umat Islam menjadi mangsa,
bahkan mana-mana golongan pun terdedah kepada barah pemikiran itu.
Apakah yang
ingin diperjuangkan untuk mengatakan LGBT itu beretika dan bermoral bila mana ia
dilakukan dengan kerelaan sendiri?
Kalau alasan
kerelaan sendiri dijadikan asas untuk menghalalkan perbuatan LGBT, bermakna semua
perbuatan yang berkaitan diri sendiri dan kelompok tertentu mesti dibenarkan.
Penagih dadah
melakukan perbuatan itu dengan kerelaan sendiri. Bahkan mereka amat memerlukan dadah
untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia mereka.
Jadi, adakah
kita perlu membenarkan penagihan dadah dengan alasan itu kerelaan sendiri?
Kebebasan
hak bukan bermakna boleh melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan. Norma kehidupan
dan kepentingan masyarakat perlu difikirkan sama.
Jika masih
ingin meneruskan sesuatu perbuatan yang buruk yang dianggap baik, janganlah amalan
ini ingin didedahkan kepada umum. Tidak perlu mendapat pengiktirafan mahupun kebebasan.
Dan, pihak
berkuasa tanpa mengira di negara mana tidak sepatutnya membenarkan rakyat melakukan
perbuatan yang melampaui batasan kemanusiaan.
LGBT amalan
terkeji melibatkan hubungan sesama manusia. Berfikirlah dalam konteks kemanusiaan
dan bukannya menjadi sifat haiwan yang hanya berpaksikan kepada hawa nafsu.
No comments:
Post a Comment