Gambar sekadar hiasan.
Sunday, 1 February 2026
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR
Golongan miskin tegar merujuk kepada golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan kerajaan. PGK ini berbeza mengikut negeri, namun secara purata nasional untuk tahun 2022 adalah RM2,589 dan ke bawah.
Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) telah dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama pelbagai agensi.
Program ni bermula pada penghujung Mei 2022. Hasil program ini, banyak ketua isi rumah (KIR) berjaya keluar daripada kategori miskin tegar. Contoh paling jelas, Pahang. Menurut laporan Harian Metro bertarikh 29 Mei 2024, negeri itu telah berjaya menoktahkan kemiskinan tegar membabitkan 1,946 KIR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment