Friday 8 July 2022

KUIH COCOH BELAKANG

 
Putu tukil atau kuih tepung tukil. Lain macam namanya. Sebenarnya itu nama dalam dialek Kelantan. Nama rasminya putu bambu. 

Ada juga orang Kelantan panggil kuih cocoh belakang atau putu cocoh belakang. Perkataan cocoh belakang jika disebut dengan intonasi tertentu boleh membawa maksud berbau seks. Namun, jika 'jujur' menyebutnya, ia jelas merujuk kepada kuih.

Dipanggil kuih cocoh belakang kerana semasa hendak dikeluarkan kuih yang telah masak itu perlu dicucuk atau ditekan di bahagian belakang. Perbuatan 'cucuk' dalam dialek Kelantan ialah cocoh.

Putu tukil atau putu bambu sebenarnya sama dengan putu piring. Bahan dan cara pembuatannya adalah sama. Bezanya hanya pada acuan. Putu tukil dibubuh di dalam tukil (buluh), sedangkan putu piring dibubuh di dalam piring.

No comments:

Post a Comment