Monday, 18 July 2022

GEDEHOK BANGSAL SEMENTARA TEMPAT MEMASAK

 
Gedehok adalah bangsal sementara yang didirikan untuk orang memasak dan menghidangkan makanan ketika mengadakan kenduri kahwin. Pembinaan gedehok penting kerana rumah pada masa dahulu kecil dan tidak mampu menampung aktiviti memasak dan menghidang makanan yang besar diadakan.

Pada masa dahulu, gedehok dibina mengguna batang buluh, batang nibung, batang kayu dan atapnya menggunakan pelepah kelapa.

Sekarang ini gedehok ada menggunakan batang kayu bergergaji, batang besi dan zink atau menggunakan khemah.

No comments:

Post a Comment