Thursday 30 June 2022

MPKB tukar tempat letak bas kepada kereta

 
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah bertindak menukarkan status tempat letak bas kepada tempat letak kereta di kawasan berhampiran Bazar Tengku Anis.

Dahulu terdapat perkhidmatan bas bandar dan bas antara bandar di Kota Bharu. Perkhidmatan bas bandar menjadikan kawasan tepi Bazar Tengku Anis sebagai stesen, manakala bas antara bandar pula di Stesen Bas Kota Bharu.

Pada mula perkhidmatan bas di Kelantan dikendalikan oleh North Eastern Transport Services (NETS) yang kemudiannya dikenali Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Perkhidmatan bas henti-henti ini kemudiannya dikenali City Liner. Pun begitu, pekhidmatan tersebut telah beberapa tahun dihentikan.

Namun, tempat letak bas City Liner di Bazar Tengku Anis masih dikekalkan yang menjadi ‘perangkap’ kepada banyak pengguna apabila meletak kenderaan di tempat itu kerana tidak mengetahui bahawa ia dikhaskan untuk tempat letak bas, sehingga kederaan mereka dikenakan tindakan kunci tayar.

Perkara ini banyak kali berlaku terutama melibatkan pengunjung luar dari Kelantan yang tidak biasa dengan tempat itu.

Diharapkan tempat letak bas yang telah ditukarkan kepada tempat letak kereta, lebih banyak kereta dapat diletakkan di situ.

Sebelum ini pada 17 April 2022, blog ini melaporkan mengenai rasa kecewa tempat letak bas dikekalkan sedangkan perkhidmatan bas telah dihentikan.

 

No comments:

Post a Comment