Sunday, 17 April 2022

MPKB PATUT TUKAR TEMPAT LETAK BAS KEPADA KERETA

Dahulu terdapat perkhidmatan bas bandar dan bas antara bandar di Kota Bharu. Perkhidmatan bas bandar menjadikan kawasan tepi Bazar Tengku Anis sebagai stesen, manakala bas antara bandar pula di Stesen Bas Kota Bharu.

Pada mula perkhidmatan bas di Kelantan dikendalikan oleh North Eastern Transport Services (NETS) yang kemudiannya dikenali Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Perkhidmatan bas henti-henti ini kemudiannya dikenali City Liner. Pun begitu, pekhidmatan tersebut telah beberapa tahun dihentikan.

Namun, persoalannya mengapa pula tempat letak bas City Liner di Bazar Tengku Anis masih dikekalkan?

Tempat letak bas itu sepatutnya dijadikan tempat letak kenderaan lain, terutama kereta yang bilangannya agak terhad.

Tempat letak bas yang kosong itu sering dijadikan tempat letak kereta oleh pengunjung yang mengakibatkan dikenakan kunci tayar. Hal ini dialami termasuklah di kalangan pelancong.

Diharapkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan menukar status tempat letak bas kepada tempat letak kereta untuk kemudahan pengunjung meletakkan kereta. 

Terkini:

No comments:

Post a Comment