Tuesday, 12 April 2022

BERTEPUK GUNA KEDUA-DUA BELAH TANGAN

 
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat mendefinisikan ‘tepuk’ sebagai tamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi.

Peribahasa Melayu, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”, bermaksud, cinta yang tidak berbalas atau sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.

Berdasarkan maksud  'tepuk' seperti dinyatakan Kamus Dewan Bahasa, bermakna tidak dipanggil 'tepuk' jika hanya sebelah tangan. Tepuk mesti menggunakan kedua-dua tapak tangan yang ditemukan secara kuat atau menampar.

Jadi mengapa peribahasa menggunakan ungkapan 'bertepuk sebelah tangan'?

Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment