Keluarga
Akid, Kampung Banggol bukan terabai atau tidak ada siapa peduli. Bantuan dan perancangan
untuk membina rumah baharu telah diputuskan sebelum video itu tular pada 7 April
2022.
Seorang
aktivis kemasyarakatan, Amran Rahman, yang tinggal tidak jauh dari tampat
tinggal keluarga Akid telah melakukan proses untuk membantu.
“Saya
buat kerja ini senyap-senyap apabila dapat info satu keluarga tinggal di rumah
uzur atap runtuh dari seorang kenalan, dengan niat nak bantu Adik Akid dan
keluarga agar dapat berteduh dari panas mentari dan dari tempias hujan. Tambah
lagi bulan Ramadan dah dekat. Lagi pun kejadian atap runtuh berlaku sekitar
Oktober 2021 lagi. Dah nak masuk 5 bulan berlaku. Dan status permohonan bantuan
membaiki rumah yang telah dibuat tidak dapat dipastikan lagi dapat ke tidak
atau sekiranya lulus bila akan dilaksanakan.” tulis Amran Rahman di Muka Buku.
“Saya
dah post di facebook pada tarikh 4 Mac 2022 dengan tidak pamer nama keluarga,
tempat atau kampung dan lain-lain.” tambah Amran lagi.
Beliau
telah mengirimkan semua foto dan video kepada sahabatnya dari sebuah NGO di Kuala
Lumpur untuk pertimbangan sekiranya berminat membantu membekal atap zink. Manakala kerja-kerja pemasangan nanti akan dibantu oleh sahabat atau jiran-jiran
Ayah Akid.
Jika sekiranya ada perbelanjaan tambahan, Amran akan ikhtiarkan untuk selesaikan.
“Perlawaan
saya diterima NGO tersebut dan selang beberapa hari saja, wakil mereka datang
melawat ke rumah Adik Akid.” catat Amran lagi.
Tambahnya,
dalam masa sama sahabat Ayah Akid bersetuju untuk membina dapur dahulu dan akan
ditambah sambungan bahagian lain fasa seterusnya.
Ujarnya
lagi, setelah lawatan NGO kali ke-2 dan ke-3 mereka telah bersetuju untuk
membantu keluarga Adik Akid. Setuju untuk menyediakan dana dan seterusnya akan
membina sebuah rumah baharu. Tak jadi dah sekadar nak tukar atap zink seperti pada awalnya.
Catatnya
lagi, maka bermulalah kerja-kerja, dengan proses pertama mencari rumah sewa
untuk keluarga Akid dan kerja-kerja meruntuh rumah dilaksanakan.
“Sehari
sebelum puasa keluarga Akid berpindah ke rumah sewa dan kerja-kerja meruntuh dah berjalan 3-4 hari lepas.” tulis Amran lagi.
“Tiba-tiba
hari ni 7 April 2022 baru keluar di fb dan dah 'jadi viral' setelah sebulan
lebih kerja senyap-senyap....benda dah viral, jalan terus aje lahhh. Kira
ni rezeki Adik Akid dan keluarga. Bermula hanya nak pasang atap zink bumbung
yang runtuh.....” ujar Amran lagi.
Berdasarkan
kronologi di atas, nasib keluarga Akib sebenarnya tidak diabaikan atau tidak
ada yang peduli. Sudah ada yang menghulurkan bantuan.
Rakyat
Malaysia bersikap prihatin dan demawan. Kalau rakyat di luar negara pun, ada
NGO kita bantu, inikan pula rakyat di negara sendiri. Bezanya, ada yang melakukan secara tular dan ada pula secara senyap-senyap.
Tahniah
semua.
No comments:
Post a Comment