Monday 29 May 2023

Erdogan manang jawatan Prresiden Turkiye penggal keempat

 
Presiden Recep Tayyip Erdogan sah memenangi pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye, sekali gus melanjutkan lagi pemerintahannya selama lima tahun, selepas kali pertama dipilih ke jawatan itu pada 2008.
 
Pemimpin berusia 69 tahun itu mengatasi krisis ekonomi terburuk Turkiye dalam satu generasi dan pakatan pembangkang paling kuat yang pernah dihadapi parti berteraskan Islam pimpinannya untuk memenangi pilihan raya paling sukar itu.
 
Dalam ucapannya selepas kemenangan bersejarah itu, beliau meminta rakyat Turkiye untuk bersatu dalam perpaduan dan solidariti.
 
Keputusan pilihan raya itu menunjukkan Erdogan menewaskan pencabarnya dari parti pembangkang sekular, Kemal Kilicdaroglu dengan empat mata peratusan.
 
Erdogan dilihat sebagai wira golongan miskin di pedalaman Turkiye kerana ketegasan dan ketaatan mematuhi ajaran Islam tetapi pada masa sama, menggalakkan kebebasan beragama serta usaha memodenkan negara itu.
 
Pemulihan ekonomi Turkiye akan menjadi cabaran paling besar bagi Erdogan kerana mata wang lira kini merudum teruk dan ladar inflasi mencecah 85 peratus tahun lalu.
 
Erdogan berdepan keadaan paling sukar perlu dihadapi dalam era paling banyak perubahan di Turkiye, sejak penubuhannya sebagai republik pasca Uthmaniah sejak 100 tahun lalu.
 
Tumpuan dunia kini terarah pada politik Turkiye demi mendapatkan perkembangan hala tuju masa depannya secara terperinci, termasuk di Eropah dan Asia Barat.
Hubungan mesra Erdogan dengan Barat ketika dekad pertama beliau dipilih sebagai presiden, diikuti detik beliau menjadikan Turkiye sebagai anggota bermasalah dalam NATO.
 
Beliau melancarkan siri pencerobohan tentera ke Syria, yang menimbulkan kemarahan kuasa Eropah dan meletakkan askar Turkiye di pihak bertentangan dengan pasukan Kurdish disokong Amerika Syarikat (AS).
 
Hubungan peribadinya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, juga menguntungkan Moscow yang dikenakan pelbagai sekatan daripada Barat susulan serangan ke atas Ukraine.
 
Turkiye turut mendapat limpahan ekonomi susulan pembayaran tunggakan kos import tenaga dari Russia, yang membantu pelbagai kempen pilihan raya Erdogan, tahun ini.
Erdogan antara lain turut menangguhkan keahlian Finland dalam NATO dan masih enggan membenarkan Sweden menyertai blok pertahanan diketuai AS itu.

No comments:

Post a Comment