Air
Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR
Sungai Pas.
Ianya
boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak di antara lebuh raya Kuala
Krai - Gua Musang. Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.
Ia
boleh dikunjungi sama ada melalui Guchil - Batu Balai - Kampung Mengkebang - Kampung
Sungai Pas atau melalui Kampung Pahi - Kampung Sungai Pas.
Lata
Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para
pelancong dari dalam dan luar negeri.
Kolam
yang terdapat di kawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda. Kawasan Air
Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara
berkumpulan.
Air
terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di
kawasan kolam utama air terjun tersebut. Menurut pengunjung, udara di kawasan
Lata Berangin ini sangat nyaman dan sesuaI untuk dijadikan sebagai destinasi
riadah bersama keluarga.
Seperti
kebanyakan air terjun di kawasan yang lain, panorama yang terdapat di Lata
Berangin ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai spesies flora dan
fauna yang menghiasi alam sekeliling yang tidak jemu mata memandang.
Suasana
di Lata Berangin ini juga tenang dan jauh dari kesibukkan bandar. Di sini juga
merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda
khususnya bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada bebanan kerja dan
tekanan hidup di bandar.
Sebelum
ini, Lata Berangin lebih dikenali sebagai tapak mini hidro elektrik. Namun,
janakuasa itu kini tidak berfungsi lagi. Ia sekaligus menjadikan tempat itu
terbuka kepada semua pengunjung.
Malah,
aliran air yang dulu separuh daripadanya dialirkan melalui pembentung kini
sepenuhnya menjadi air terjun yang mengalir cantik. Masalah kekurangan air
terjun kini tidak berlaku lagi apabila tidak perlu berkongsi dengan pembentung.
Tapak
perkelahan Lata Berangin telah dibangunkan dengan pembinaan jalan berturap,
tandas, tempat letak kereta, tangga konkrit turun ke sungai dan beberapa
kemudahan lain. Kemudahan yang disediakan itu menjadikan tempat itu lebih
menarik dan memberi keselesaan kepada pengunjung.
Sumber
air dari puncak tersembur keluar dengan laju turun menghempas batuan pejal
membentuk satu pemandangan yang cantik. Ia melalui satu lurah batu sebagai
laluan utama, selain ada laluan kecil dari beberapa arah. Namun, apabila hampir
sampai ke bawah, ia bersatu membentuk satu laluan air terjun saja dan terus
masuk ke satu kawasan.
Di
tempat di mana berakhir air terjun, terdapat sebuah kolam sederhana besar. Ia
sesuai dijadikan tempat untuk berenang dan melakukan aksi terjun. Bagaimanapun,
dinasihatkan kepada pengunjung yang tidak tahu berenang tidak mandi di kolan
itu disebabkan ia agak dalam berbahaya.
Pun
begitu, pengunjung boleh mandi manda di kawasan air cetek yang selamat,
termasuk kanak-kanak, asalkan tidak masuk ke kawasan air dalam di tempat air
terjun.
Airnya
yang dingin, jernih dan mengalir menjadikan aktiviti mandi manda begitu
menyeronokkan. Ia sesuai dijadikan aktiviti berkeluarga kerana semua orang
boleh terlibat sama.
Jika
tidak mandi manda, anda boleh beristirahat di kawasan berbatu di tepi sungai.
Rehatkan diri anda bersama keluarga sambil menikmati suasana damai dengan
melepaskan pandangan ke air terjun yang berkejaran menghempaskan diri ke
batu-batu pejal.
Diharapkan
Lata Berangin akan terus dimajukan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan
terkenal di Kuala Krai.
No comments:
Post a Comment