Friday 29 October 2021

BUAH BIDARA KAYA KHASIAT

 
Buah bidara (Ziziphus jujuba) adalah buah yang berkhasiat daripada keluarga Rhammnaceae. Buah bidara juga dipanggil kurma merah atau kurma cina adalah di antara tumbuhan yang banyak ditanam diseluruh dunia.

Pokok bidara ini adalah pokok kecil berdaun luruh berwarna hijau daunnya berkilat serta lebar, berbunga kecil di mana buahnya boleh dimakan.

Buah bidara ada yang boleh dimakan mentah dan ada yang kena proses masak dahulu. Penduduk di Malaysia yang makan buah bidara muda dengan garam adalah untuk kurangkan kemasamannya. Namun, sekarang ini banyak buah bidara matang dijual di pasaran.

Kini, pokok bidara banyak ditanam di Malaysia sama ada secara ladang mahupun sekadar di laman rumah.

Buah bidara kaya kandungan vitamin C. Menariknya, kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah sebanyak 20 kali ganda berbanding dengab buah citrus yang lain.

Ia juga mengandugi banyak bahan mineral seperti K, Mb, Ca, Fe dan lainnya.

Pokok bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai.

Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi.

Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar.

Penanaman pokok bidara mudah dilakukan menggunakan biji benih tetapi ramai juga petani yang menggunakan bahan tanaman dari keratan batang, tut atau cantuman.

Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun.

Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. 

Buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut.

Daunnya yang di rebus dapat digunakan sebagao losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas. Ada juga dakwaan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masaalah perut dan juga usus. 

Buah bidara yang matang dikeringkan melalui beberapa proses pengeringan di bawah sinaran matahari ataupun menggunakan oven eletrik atau kaedah lain.

Buah bidara yang kering selalunya berwarna kermerahan dan disimpan untuk kekalkan kesegarannya, warna dan rasa.


Gambar: Daun pokok bidara.


No comments:

Post a Comment