Pokok
turi jenis pokok renek yang banyak bercabang ini mampu mencapai ketinggian
sehingga 8-15 meter dengan jangka hayat umur selama 20 tahun.
Daunnya
berwarna hijau dengan susunan bersilang merupakan daun kompoun yang berbentuk
'pinnate'. Batangnya jenis berkayu dan bercabang. Akar pokok turi ada akar
tunjang di mana terdapat bintil-bintil akar (Root nodules) seperti jenis pokok
keluarga kekacang yang lain.
Bunganya
sama ada berwarna putih atau ungu atau kemerahan berbentuk kacang pea. Bunga
yang belum terbuka berukuran 3 cm. Buah turi adalah pod kekacang berwarna hijau.
Biji
pokok turi adalah berbentuk kacang pea yang hijau ketika muda dan coklat merah
apabila cukup matang.
Pokok
turi sesuai tumbuh di kawasan yang panas dan lembap. Pokok turi selalu tahan di
kawasan yang mudah banjir di mana akarnya akan dapat membentuk sistem
ketahanannya tersendiri jika tenggelam dalam air.
Ketahanan
pokok turi dalam cuaca kemarau yang panjang juga menyebabkan pokok ini mampu
bertahan sehingga 9 bulan pada cuaca kering. Bagaimana pun satu kelemahan pokok
turi adalah dahannya yang mudah patah apabila ditiup angin kencang. Ini kerana
dahan pokok turi yang banyak daun mudah sekah atau patah.
Penanaman
pokok turi sangat mudah dengan menggunakan biji atau ada juga yang menggunakan
keratan batang. Benih biji turi perlu direndam 24 jam dan disemai dalam polibeg
atau pasu mengandungi media tanah campuran atau 'cocopeat'.
Setelah
benih berumur sebulan maka ia sudah sesuai untuk dipindahkan di tapak kekal.
Pucuk
turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C, vitamin B1,
vitamin B2, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi,
natrium, kalium, karotena dan niasin.
Bunga
turi dalam bentuk kudup yang masih belum terbuka menjadi pilihan peminat bunga
turi untuk dimakan. Bunga turi ini amat enak dimakan sebagai kerabu bunga turi
yang segar.
Sementara
itu apabila bunga turi menjadi matang ia selalu menghasilkan buah turi. Buah
turi lazimnya mempunyai saiz buah yang agak kecil. Buah turi yang mengandungi
biji lazimnya boleh digunakan sebagai bahan pengganti kepada kacang soya.
No comments:
Post a Comment